Jackie Chan Sahkan 'Rush Hour 4' Kini Dalam Proses Perancangan Lagi!

Pelakon aksi Asia popular, Jackie Chan mendedahkan yang filem keempat Rush Hour kini dalam proses perancangan. Perkara itu didedahkan apabila pelakon tersebut muncul dalam Red Sea International Festival pada 8 Disember lalu. 



Namun, menurutnya, perbincangan untuk menghasilkan filem tersebut kerap tergendala kerana masalah skrip.

We’re talking about part four right now! But the script isn’t right.

Filem Rush Hour yang diterbitkan pada tahun 1998 menggandingkan Jackie Chan dan Chris Tucker yang cuba menyelesaikan pelbagai masalah dalam gaya yang cukup menghiburkan.

Rush Hour kemudiannya diteruskan dengan filem kedua dan ketiga yang ditayangkan pada 2001 dan juga 2007.

Perancangan untuk menghasilkan filem keempat Rush Hour sudah mula kedengaran semenjak 2017 namun ianya senyap begitu sahaja. Diharapkan kali ini Rush Hour 4 akan berjaya dibikin. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan