Ini Cara Bagaimana Adegan One Shot Filem '1917' Dirakam! Memang Tak Sangka!

Filem perang arahan Sam Mendes, 1917 dikenali kerana gaya penceritaannya yang menggunakan teknik yang dikenali sebagai 'one shot'. Ringkasnya, teknik ini menjadikan filem tersebut seolah olah satu rakaman yang seolah olah dirakam dalam sekali rakaman sahaja. Tiada potongan dari kamera ke kamera! Tiada transisi dari syot ke syot.



Namun, benarkah ianya dirakam sekaligus dalam satu masa? 

Jawapannya tidak. Di era teknologi sekarang, rakaman 'one shot' kini lebih mudah. Untuk merakam babak panjang dalam durasi sebuah filem dalam satu rakaman sememangnya mencabar dan sukar. Jadi, ramai pengarah memilih untuk menggunakan trik untuk menampakkan seolah-olah mereka merakam adegan itu dalam satu rakaman sahaja.

Menurut Sam Mendes,filem ini sememangnya dirakam secara berasingan dan babak babak dipecahkan seperti filem biasa. Namun, filem ini menggunakan teknik 'invisible stiches' yang mana setiap transisi antara babak disembunyikan dengan pelbagai cara.

Menurut pengarah yang pernah mengarahkan filem James Bond itu juga, babak paling pendek dirakam sebelum digabungkan ialah selama 39 saat manakala paling panjang sekitar 8 minit.

1917 berjaya mengutip sebanyak USD385 juta sepanjang tayangannya pada 2019 dan menjadi antara filem yang cukup unik kerana teknik rakamannya.

Pada 2022, Korea juga muncul dengan filem aksi dengan konsep sama bertajuk Carter di Netflix. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan