Sekuel 'Bruce Almighty' Papar Jim Carrey Dapat Kuasa Syaitan Ditolak Untuk Difilemkan

Filem Bruce Almighty yang diterbitkan pada 2003 menyaksikan pelakon komedi Jim Carrey melakonkan watak Bruce Nolan, seorang wartawan TV yang diberikan peluang satu minggu untuk menggunakan kuasa Tuhan. Filem komedi itu kemudiannya disambung dengan sekuel Evan Almighty pada 2007 yang kemudiannya gagal.

Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Jim Carrey pernah membawa idea dan konsep untuk Bruce Almighty 2 dimana dia memperoleh kuasa syaitan. Perkara ini didedahkan oleh Steve Koren dan Mark O'Keefe yang merupakan penulis lakonlayar Bruce Almighty dalam temubual SySy Wire.

Filem tersebut pada asalnya diberi tajuk Brucifer. Kedua dua penulis lakonlayar itu pernah memberikan idea itu kepada penerbit Michael Bostick ketika Bruce Almighty ditayangkan di pawagam. Namun, idea tersebut tidak dipersembahkan kepada Universal Studio sehingga 2010 dan malangnya, kerosakan yang dibuat oleh Evan Almighty memusnahkan harapan untuk idea tersebut difilemkan. 

Terdapat desas desus menyatakan bahawa sekuel Bruce Almighty dalam pembikinan semenjak 2012 namun sehingga kini, tiada perkembangan berkenaan sekuel filem kontroversi berkenaan.

Baru baru ini, Jim Carrey pernah mengumumkan persaraannya dari dunia lakonan selepas Sonic the Hedgehog 2 dan sekaligus memusnahkan harapan untuk para peminat menyaksikannya dalam sekuel Bruce Almighty.

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan