Morgan Freeman Dikecam Dunia Kerana Tampil Di Piala Dunia Qatar 2022

Pelakon Morgan Freeman merupakan antara artis USA yang mengejutkan dunia apabila muncul dalam persembahan pembukaan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar. Persembahan uniknya bersama dengan Youtuber Qatar, Ghanim al-Muftah turut membuka mata dunia apabila diisi dengan petikan ayat Al Quran.

Namun, rata-rata penonton di luar negara memberi kecaman hebat terhadap aktivis yang pernah memperjuangkan perkahwinan gay tersebut. Malah, ada yang turut menggelarkan Morgan Freeman sebagai ejen senyap Qatar apabila sanggup menerima wang untuk persembahan tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa barisan penyanyi dari USA menolak untuk membuat persembahan di acara pembukaan Piala Dunia kerana pelbagai alasan termasuk hak kebebasan bersuara.

Malah, ada yang menyatakan Piala Dunia kali ini sebagai sport washing. 

Piala Dunia 2022 Qatar kini sedang berlangsung. 

Catat Ulasan

0 Ulasan