'Mat Gelap', Filem Pertama Malaysia Menggabungkan Animasi Dan Watak Hidup!

Upin Ipin: Jeng Jeng Jeng yang diterbitkan pada 2016 merupakan antara filem yang menggabungkan watak hidup dan juga animasi. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa unsur kreatif dalam filem ini sudah lama bermula semenjak 90an lagi. 

Mat Gelap, filem terbitan tahun 1990 lakonan Imuda dan diarahkan oleh Zarul Albakri merupakan filem Malaysia pertama yang menggabungkan watak hidup dan animasi. 

Filem yang mengisahkan seorang penyiasat persendirian lakonan Imuda terhadap sekumpulan penjahat wanita yang diketuai Mama Bosan itu turut dilakonkan Liza Othman, Mano Maniam, Jit Murad, Kamarool Haji Yusoff dan ramai lagi.

Walaupun ianya digelar sebagai filem pertama menggabungkan animasi dan juga watak hidup, babak yang memaparkan gabungan itu hanyalah satu babak sahaja. Namun, ianya dianggap antara babak yang genius di eranya dan menjadi pemula kepada idea idea genius animasi dan watak hidup selepas itu. 

Mat Gelap merupakan satu satunya filem arahan Zarul Albakri yang kini aktif menerbitkan filem dan berlakon. Filem ini turut memenangi 3 anugerah Festival Filem Malaysia termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk pelakon Mano Maniam. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan