Dwayne Johnson Tak Setuju Perbandingan Kutipan 'Black Panther' Dan 'Black Adam'!

Pelakon yang memegang watak Black Adam, Dwayne Johnson menyatakan pendapatnya yang tidak setuju dengan perbandingan filem superhero Black Adam dengan Black Panther. Media melaporkan bahawa kutipan Black Panther: Wakanda Forever telah mencecah USD400 juta sekaligus memintas filem Black Adam!



Pelakon yang turut terlibat dalam filem-filem aksi seperti Jumanji dan San Andreas itu meletakkan komen balas di laman Twitter IGN selepas media tersebut melaporkan tentang kejayaan Black Panther: Wakanda Forever mencantas Black Adam dari segi kutipan. 

Menurutnya, perbandingan itu tidak wajar kerana Black Panther: Wakanda Forever ialah filem yang sudah kukuh berbanding Black Adam yang baru bertatih. 

Namun, dia menyatakan bahawa persaingan itu ialah sesuatu yang dia sukai tetapi berhadap bahawa media tidak perlu melaga-lagakan dua dunia superhero itu kerana dunia DC juga perlu kepada pengembangan sihat.

Black Panther: Wakanda Forever kini di pawagam bersama Black Adam yang masih ditayangkan di sesetengah pawagam.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan