Dwayne Johnson Dedah Tak Pakai Pad Untuk Sado Dalam Filem 'Black Adam'

Setiap watak superhero memerlukan seseorang pelakon mengenakan suit yang mana di dalamnya tersedia pad khas untuk memberikan imej sado. Namun, lain pula bagi pelakon Dwayne Johnson. Ketika melakonkan watak Black Adam, Dwayne Johnson mendedahkan yang dia tidak mahu mengenakan sebarang pad kerana dia sudah pun sado!



Dalam satu temubual bersama The Tonight Show bersama Jimmy Fallon, Dwayne Johnson mendedahkan yang dia meminta bahagian pereka kostum untuk membuang pad yang berada di dalam kostum dan akan cuba untuk membentuk otot ototnya sendiri tanpa sebarang pad palsu.

So I asked them to remove the muscle padding. And I really wanted to work hard. I wanted to get in the best shape of my career for this because I felt like Black Adam just commanded that kind of performance.
Dwayne Johnson menyatakan yang apa yang penonton lihat di dalam filem Black Adam ialah rupa bentuk tubuhnya yang asal yang tidak menggunakan sebarang pad.


Filem Black Adam merupakan filem pertama Dwayne Johnson bersama DC dan turut dibintangi oleh Pierce Brosnan sebagai Doctor Fate. 
===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan