Syamsul Yusof Doakan Yang Terbaik Buat Prekuel 'Mat Kilau', Sudah Tahu Lebih Awal!

Studio Kembara bakal menghasilkan sekuel kepada filem Mat Kilau yang bakal menjalani penggambaran penghujung tahun 2022 ataupun awal tahun 2023. Namun, berita yang agak mengecewakan bagi peminat Mat Kilau ialah Syamsul Yusof tidak akan terlibat dalam pembikinan filem ini. Malah, Adi Putra dan juga Beto Khushairy juga tidak akan tampil dalam filem berkenaan.

Menurut laporan Metro, pengarah yang terkenal dengan filem Munafik itu sudah pun tahu lebih awal. Dia mengganggap pertukaran pengarah ialah normal dan merupakan perkara yang baik untuk industri filem sendiri.

Pada saya, ini satu langkah yang baik juga sebenarnya. Sebab, kita tahu ada ramai lagi pengarah di Malaysia ini yang berpotensi dan mungkin tidak mendapat lagi peluang itu, kerana bagi saya setiap pengarah pasti ada 'trademark' tersendiri, gaya persembahan tersendiri.Saya pun sebelum ini memang teringin nak buat filem epik dan Alhamdulillah, saya dah buat filem Mat Kilau berjaya, syukur Alhamdulillah. Jadi, saya rasa kepada pengarah lain yang belum mendapat peluang, bagi saya ini langkah yang bagus.

Syamsul Yusof juga beranggapan bahawa pertukaran pengarah ini ialah normal dan Hollywood sudah lama mengamalkannya.

Ia peluang baik yang Studio Kembara berikan untuk pengarah itu menunjukkan 'skill' pengarahan dan penulisan yang berbeza dari gaya persembahan saya. Mungkin akan ada kekurangannya juga jika saya yang masih buat (arahkan) filem prekuel Mat Kilau itu. Sebagaimana kita tengok filem luar negara seperti Fast and Furious dan Mission: Impossible, penerbitnya juga ada mengambil pengarah yang berbeza untuk mendapat rasa dan teknik yang baharu dari segi pengarahan dan penulisan. Jadi, diharapkan sesuatu yang segar dan lain daripada sentuhan Syamsul Yusof. Saya doakan yang terbaik untuk Studio Kembara dalam apa saja filem epik akan dihasilkan nanti, bukan hanya prekuel Mat Kilau itu. Semoga industri filem Malaysia penuh warna-warni dan peluang terus dibuka kepada pengkarya-pengkarya lain.

Buat masa ini, Studio Kembara tidak mengumumkan lagi barisan pelakon rasmi filem prekuel berkenaan. Malah, pengarah yang bakal menduduki kerusi pengarah juga masih belum diumumkan. Tiada tarikh tayangan untuk prekuel filem Mat Kilau juga buat masa ini.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan