Syamsul Yusof, Beto Khusyairi, Adiputra Tak Terlibat Prekuel 'Mat Kilau'!

Studio Kembara bakal menghasilkan sekuel kepada filem Mat Kilau (tonton sini) dan bakal menjalani penggambaran mulai penghujung tahun ini. Namun, pengarah Syamsul Yusof tidak terlibat dengan filem berkenaan.

Malah, pelakon utama filem berkenaan, Adi Putra juga tidak terlibat dengan filem yang bakal berlayar belakangkan kejadian sebelum insiden dalam filem Mat Kilau. 


Selain itu, pelakon yang memegang watak Wahid, Beto Khusyairi juga turut diumumkan sebagai pelakon yang tidak terlibat dalam filem berkenaan.

Menurut laporan Kosmo, penerbit filem berkenaan, Abdul Rahman Dali mendedahkan bahawa penukaran pengarah berlaku disebabkan mereka ingin memberi peluang kepada pengarah lain. Menurutnya, tiada masalah antara pengarah dan pelakon lain yang membintangi filem yang kini mencatat kutipan filem dengan kutipan tertinggi di Malaysia itu. 

Memang ada beberapa pelakon sudah ditawarkan watak kecuali Adi Putra dan Beto kerana watak mereka masih belum diperlukan dalam karya prekuel itu. Kami tiada masalah cuma kali ini mahu memberi peluang kepada pengarah lain untuk berkarya bersama Studio Kembara.

Buat masa ini, tiada nama pengarah diumumkan untuk prekuel filem berkenaan. Malah, barisan pelakon  untuk filem berkenaan juga tidak diumumkan lagi.

 

Semoga sekuel Mat Kilau mendapat kejayaan hebat seperti filem pertama. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan