Pengarah Malaysia Bakal Arahkan Siri Superhero Indonesia 'Tira' Di Disney Plus Hotstar

Selepas hadir dengan filem Gundala (tonton sini), dunia Bumilangit Cinematic Universe akan tampil dengan siri original Disney+ Hotstar mereka, Tira. Ianya sebuah siri yang akan mengembangkan dunia superhero Bumilangit itu yang akan disusuli dengan beberapa lagi filem selepas itu.

Apa yang menarik, filem ini akan diarahkan oleh pengarah Malaysia yang terkenal dengan filem Fly By Night (baca sini), Zahir Omar.

Siri Tira bakal menampilkan 8 episod yang akan ditayangkan pada 2023. Filem ini menampilkan Chelsea Islan yang akan memegang watak Suci, alter ego untuk watak Tira.

Menurut sumber, NerdyVerse-ID, filem ini akan menjadi penghubung untuk filem Godam & Tira yang akan dibintangi Chicco Jerikho dan Chelsea Islan. Selain itu, Bhisma Mulia, Jeremie Juanito, Agnes Naomi dan Karina Suwandi akan turut terlibat dalam filem berkenaan. 


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan