Rupanya, Pembunuh Rokiah Dalam Mat Kilau Ialah Kru Filem Yang Jadi Bidan Terjun

Pelakon yang memegang watak pembantu kepada Toga dalam filem Mat Kilau (tonton sini) mendedahkan yang dia ialah pelakon bidan terjun yang tiba tiba sahaja terlibat sebagai pelakon filem berkenan.

Ahmad Hilmi Ishak, bercakap kepada CGV Kreasi dalam mempromosikan filem Mat Kilau (tonton sini) di Indonesia mendedahkan yang dia hanyalah seorang kru filem yang menyediakan babak letupan dan juga melakukan stunt untuk filem berkenaan.

Namun, disebabkan ketiadaan aktor untuk memegang watak itu, Syamsul Yusof memilihnya untuk memegang watak pembantu kepada watak lakonan Yayan Ruhian, Toga.

Saya tengah melakukan stunt dan ground effect, letupan. Kemudian saya ditawarkan untuk replacement watak tu. Jadi saya dengan bangganya terima watak tu. 

Ternyata, watak pembantu Toga yang tiada dialog itu berjaya mencetuskan rasa geram penonton apabila membunuh Rokiah, isteri kepada Wahid dalam filem berkenaan. 

 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan