'Mat Kilau' Pernah Dirisik Laman Penstriman Disney+ Hotstar Dan Beberapa Lagi!

Mat Kilau, filem paling tinggi kutipannya di Malaysia nampaknya menjadi antara filem yang direbut pelbagai laman penstriman. Walaupun di awal tayangan filem ni, Syamsul Yusof pernah mendedahkan bahawa Netflix pernah menawarkan sejumlah amaun untuk menayangkan filem ini selepas tayangan kelak, ada penstriman lain yang mencuba nasib untuk membeli filem ini.

Menurut wakil Kembara Studio, filem ini turut mendapat perhatian Disney+ Hotstar.

Memang ada beberapa VOD dalam dan luar negara yang dah approach. Tapi, Mat Kilau memilih untuk ditayangkan di Netflix sahaja buat masa ini. Disney+ Hotstar pun pernah offer.

Tidak diketahui berapakah harga belian hak tayangan filem ini yang ditawarkan laman penstriman yang mencuba nasib, namun, perancangan untuk ditayangkan di Netflix ialah percaturan bijak kerana Netflix ialah laman penstriman yang mempunyai pelanggan terbesar di seluruh dunia.

Mat Kilau kini di Netflix. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan