'Mat Kilau' Masih Gagal Capai RM100 Juta, Ini Respon Syamsul Yusof

Sebulan lalu, kutipan filem Mat Kilau bagi negara Malaysia, Brunei dan juga Singapura diumumkan sebanyak RM96 juta (baca sini). Namun, selepas sebulan, filem itu masih gagal mencapai RM100 juta. Terbaru, dalam satu post di Instagram, Syamsul Yusof mengumumkan yang filem Mat Kilau (tonton sini) hanya berjaya mencapai kutipan RM97 juta sahaja.



Filem ini masih ditayangkan dan respon pengarah filem ini agak positif walaupun filem ini gagal mencapai angka RM100 juta. 



Who would have thought.Dari dulu abg yakin pelakon & director filem kita mampu pergi jauh & boleh saingi Hollywood dlm carta "All Time International Malaysia Box Office". Kita BOLEH. Dengan izin Allah, it happened! Filem Mat Kilau telah mengatasi kesemua filem Hollywood seperti Star Wars/ The Avengers/ Jurassic World/ Furious 7/ Spiderman & Transformers utk kutipan tiket di Malaysia. Now, filem kita menjadi tuan dibumi sendiri. Terima kasih dari kami Team Mat Kilau & terima kasih terus menyokong karya2 abg selama ini sejak dari filem pertama. Teruslah kepawagam nonton filem Malaysia dari semua penerbit & pengarah filem hebat yg lain ok? Support! By the way Mat Kilau masih ditayangkan dipawagam sekarang guys, insyaAllah filem Malaysia akhirnya reach box office 100 million cinema collection. Terima kasih dari kami sekali lagi Alhamdulillah syukur.

Walaupun masih berbaki RM3 juta untuk mencapai RM100 juta, filem ini merupakan kejayaan terbesar industri filem Malaysia apabila berjaya mengalahkan kutipan filem-filem besar yang sebelum ini bermaharajalela di pawagam.

Mat Kilau (tonton sini) masih ditayangkan di pawagam pawagam terpilih.  Filem ini akan mula ditayangkan di Netflix bermula 16 September (baca sini).

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan