Kos Bina Set Filem 'Abang Long Fadil 3' Cecah RM1 Juta!

Filem Abang Long Fadil 3 kini sudah ditayangkan di pawagam dan mendapat reaksi yang cukup baik dari penonton. Malah, filem tersebut berjaya mengutip sebanyak RM3 juta di hari pertama tayangannya sahaja sekaligus membuktikan bahawa karya ini berbisa dan berkualiti.

Tidak hairanlah dengan pulangan yang memuaskan itu kerana apa yang dihasilkan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Dalam satu interview bersama Buzzpop TV, Syafiq Yusof mendedahkan yang kos untuk membina set filem berkenaan menelan belanja hampir RM1 juta.

Terdapat 7 set yang dibina untuk filem berkenaan. Menurut Syafiq, set itu dibina kerana sukar untuk mendapat lokasi sebenar untuk menjalankan adegan berbahaya seperti letupan dan sebagainya.

Korang boleh tonton temubual tersebut di bawah.

 

Abang Long Fadil 3 kini di pawagam. Sebelum ini, Syafiq Yusof pernah mengarahkan filem Penunggang Agama (tonton sini) dan Penunggang Agama 2 (tonton sini).

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan