'Mat Kilau' Akan Ditayangkan Di Astro First? Ini Jawapan Wakil Kembara Studio!

Mat Kilau kini sudah ditayangkan di Netflix dan menjadi bualan pada hari Malaysia. Namun, rata-rata penonton berharap bahawa filem tersebut dapat ditayangkan di Astro First dalam masa yang terdekat. Admin cuba mendapatkan jawapan sama ada filem ini turut ditayangkan di Astro First pada suatu masa kelak. 

Ini jawapan dari wakil Kembara Studio yang admin dapat.

Buat masa ni, Mat Kilau terikat dengan perjanjian dengan Netflix. Jadi, tiada perancangan untuk ditayangkan di Astro First.

Mat Kilau merupakan sebuah filem aksi pahlawan yang berjaya mengutip RM97 juta sepanjang tayangan dan berjaya menjadi filem terlaris Malaysia sepanjang masa.

Filem ini dibintangi Adiputra sebagai Mat Kilau. Selain itu, pelakon aksi Indonesia, Yayan Ruhian turut muncul dalam filem ini.

Mat Kilau kini boleh ditonton di Netflix. 


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan