Shah Rukh Khan Sah Bakal Muncul Sebagai Cameo Dalam 'Laal Singh Chaddha '

Sebelum ini, terdapat desas desus bahawa Shah Rukh Khan dan Salman Khan akan membuat kemunculan cameo dalam filem terbaru Aamir Khan, Laal Singh Chaddha. Filem yang merupakan remake rasmi untuk filem Hollywood Forest Gump lakonan Tom Hanks itu merupakan naskah yang dinantikan peminat.



Pelakon filem berkenaan, Kareena Kapoor telah mengesahkan bahawa Shah Rukh Khan akan melakukan kemunculan cameo dalam filem berkenaan dan tidak akan ada penampilan Salman Khan di dalam filem ini.


Kareena Kapoor memberitahu tentang itu dalam satu temubual bersama News18 apabila ditanya tentang kemunculan dua bintang Bollywood besar itu. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan