Inspirasi Watak Spider-man Bukanlah Dari Labah-labah Tapi Dari Serangga Lain!

Spider-man semestinya antara watak yang cukup terkenal dalam adaptasi filem-filem superhero. Watak yang dicipta oleh Stan Lee bersama artis komik STeve Ditko itu antara watak yang cukup dikenali semenjak muncul pertamakalinya pada 1962 melalui medium komik.

Dalam komik dan filem, dipaparkan bahawa Peter Parker mendapat kuasa dan menjadi Spider-man apabila dia digigit labah labah radioaktif.

Namun, tahukah bahawa Stan Lee tidak mencipta Spider-man setelah melihat labah labah? Ya! Stan Lee terinspirasi mencipta watak Spider-man bukan selepas memerhatikan labah-labah tetapi lalat!

BBC News pernah berkongsi tentang Stan Lee yang berkongsi tentang bagaimana dia mula mencipta Spider-man:

I saw a fly crawling on a wall, and I thought, 'Gee, wouldn't it be something if we had a hero who could crawl on walls like a fly? ... So I thought 'Fly-Man?' That didn't sound dramatic enough. 'Insect-Man?' And I went down a list, and then I got to 'Spider-Man,' and somehow 'Spider-Man,' it sounded a little scary, it sounded impressive, so I said, 'I'll call him Spider-Man.
Semestinya ianya sesuatu yang mengejutkan bagaimana seekor lalat menginspirasikan sebuah karakter yang kemudiannya mempunyai sejarah berkait dengan labah-labah. 


Apapun asal usulnya, Spider-man semestinya superhero yang kini cukup dikenali di seluruh dunia. Namun, tiada siapa sangka, sebuah superhero yang berpaksikan asal usul dari labah-labah rupanya terinspirasi daripada lalat.
===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan