Filem Tokoh Pahlawan Terbaru Syamsul Yusof Masih Dalam Perbincangan! Janji Kejutan!

Selepas kejayaan filem Mat Kilau, ramai penonton mengharapkan Syamsul Yusof tampil membikin filem bertemakan pahlawan seterusnya. Namun, buat masa ini, Syamsul mendedahkn yang perkara itu masih lagi dalam perancangan.



Perkara ini dikongsikan oleh Syamsul Yusof melalui tangkapan layar akhbar RAP Xtra yang bertajuk Siapakah Tokoh Pahlawan Bakal Difilemkan Syamsul Yusof Selepas Ini?

Menerusi caption, Syamsul Yusof memberikan bayangan bahawa perkara itu masih dalam perancangan. Malah, menerusi caption itu, Syamsul Yusof menyatakan bahwa ada kejutan yang akan menanti.

Buat masa ini, Syamsul Yusof mungkin akan terlibat dengan filem KL Gangster 3 terlebih dahulu. Mungkinkah projek filem pahlawan terbaru selepas Mat Kilau akan muncul selepas itu? 

Catat Ulasan

0 Ulasan