'Tidak Kisah Siapa Pengarahnya, Filem 'Mat Kilau' Perlu Ada Sekuel!' - Yusof Haslam

Pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam percaya bahawa filem Mat Kilau perlu ada sekuelnya walaupun Syamsul Yusof bukan lagi berada di kerusi pengarah. Filem yang diterbitkan oleh Studio Kembara itu kini sudah mengaut lebih RM80 juta dan dijangka akan mengutip hampir RM100 juta sebelum tamat tayangan.



Harian Metro sempat bertanyakan pendapat tentang kesinambungan a.k.a sekuel filem ini dan menurutnya, filem Mat Kilau sememangnya perlu sekuel. Berkaitan pengarah, dia tidak kisah siapa pun yang akan mengarahkan sekuel filem tersebut. 

Tidak kisahlah siapa yang mengarah, filem Mat Kilau perlu ada kesinambungannya.

Filem Mat Kilau menjalani penggambaran sebanyak dua kali sebelum Syamsul Yusof mengambil alih filem berkenaan dan mengarahkan filem tersebut dari awal penghasilan skrip sehinggalah kepada produk akhir.

Filem yang menelan kos RM8 juta ini merupakan satu-satunya filem arahan Syamsul Yusof yang tidak menampilkan pelakon itu dalam filem arahannya. 

Mat Kilau masih ditayangkan di pawagam.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan