Thor: Love and Thunder Kini Turut Diharamkan Di Brunei Kerana LGBT!

Filem terbaru MCU, Thor: Love and Thunder kini turut diharamkan di negara Brunei. Perkara itu disahkan oleh syarikat hiburan dan pengedaran filem di negara itu, One Cineplex Brunei.


Menurut laporan Kosmo!, pihak pawagam di Brunei turut memohon maaf kepada para peminat filem berkenaan yang menanti-nantikan filem tersebut untuk ditayangkan.


Filem Thor: Love and Thunder menghadapi pengharaman kerana babak-babak yang mempromosikan LGBT dan juga unsur komedi yang keterlaluan berkenaan Tuhan yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan