Penerbit 'Mat Kilau Jalin Kerjasama Dengan Pemain Industri Perfileman Turki!

Studio Kembara yang menerbitkan filem Mat Kilau menyatakan bahawa mereka akan cuba untuk menaikkan industri filem Malaysia dengan kerjasama dengan negara luar. Filem Mat Kilau, filem pertama terbitan studio tersebut tidak disangka-sangka berjaya mendapat kutipan luar biasa sehingga RM53 juta sekaligus menjadi filem dengan kutipan tertinggi sepanjang masa mengatasi pesaing utama, Munafik 2 yang sebelum ini mengutip RM43 juta.



Menerusi satu kenyataan media di laman sosial Mat Kilau, penerbit filem Mat Kilau, Tn. Hj Abdul Rahman Md Dali, persefahaman yang dijalinkan antara penerbit filem luar seperti Turki ini adalah untuk meningkatkan kualiti perfileman Malaysia.



Mat Kilau yang diarahkan oleh Syamsul Yusof merupakan sebuah filem epik kepahlawanan yang menampilkan Adi Putra, Fattah Amin dan ramai lagi. Ianya mencetuskan fenomena tersendiri apabila berjaya mendapat kutipan yang memberansangkan dalam masa hanya dua minggu tayangan.

Menjalani penggambaran pada 2018, filem yang turut menampilkan pelakon aksi Indonesia, Yayan Ruhian ini kini masih boleh ditonton di pawagam! 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan