Netflix Tawar Beli 'Mat Kilau' Dengan Harga RM7 Juta! - Syamsul Yusof

Belum pun reda demam Mat Kilau di pawagam, desas desus filem Mat Kilau ke Netflix pula berdendang. Walaupun dikhabarkan bahawa ada perbincangan antara pihak penerbit dan juga Netflix untuk menghadirkan Mat Kilau dalam katalog mereka, ianya masih lagi belum disahkan. Setakat sekarang, Mat Kilau dilaporkan sudah mengutip RM53 juta!



Dalam satu sesi bual bicara bersama Zhafvlog, pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof mendedahkan bahawa pihak Netflix menawarkan untuk membeli filem Mat Kilau pada harga RM7 juta. Menurutnya juga, jumlah itu agak tinggi untuk sebuah filem yang mendapat sambutan tinggi di pawagam.

Buat masa ini, para penonton tidak perlu menunggu di laman gergasi penstriman itu kerana tempoh tayangan pawagam masih belum berakhir. Malah, melihat kepada trend, sudah pasti filem Mat Kilau akan kekal menjadi filem di carta teratas box office dalam masa sebulan dua lagi.

Netflix pernah menempatkan beberapa filem arahan Syamsul Yusof dalam katalog mereka seperti KL Gangster dan juga KL Gangster 2.

Filem Mat Kilau kini masih berbisa di pawagam. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan