Momentum 'Mat Kilau' Belum Pudar, Kutipan Kini Lepasi Paras RM71 Juta!

Filem terbaru arahan Syamsul Yusof yang diterbitkan oleh Studio Kembara nampaknya tidak menunjukkan tanda tanda akan menarik penonton. Filem yang mengisahkan pahlawan Mat Kilau itu kini dilaporkan sudah berjaya mencatat kutipan RM71 juta pada 11 Julai 2022.

Hal ini dilaporkan oleh MStar yang menemubual Syamsul Yusof berkenaan kutipan filem berkenaan. 

Kutipan setakat semalam lebih RM68 juta. Kalau termasuk hari ini (petang) sudah mencapai RM71 juta. Sambutan masih hebat dan luar biasa. Mungkin sebab cuti, jadi pawagam pun masih penuh. Momentum filem ini kuat.

Sebelum ini, Syamsul Yusof meramalkan kutipan filem ini akan menjangkau RM60 juta. Namun, ianya kini di paras yang sudah melebihi anggaran pengarah berkenaan.

Filem Mat Kilau turut ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei. Di Malaysia, dilaporkan pawagam-pawagam masih lagi fullhouse.

Mat Kilau kini di pawagam.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan