'Mat Kilau' Kutip RM80 Juta, Syamsul Yusof Lapang Dada Filem Dilabel 'Sampah'

Filem Mat Kilau yang masih ditayangkan sudah masuk minggu ketiga. Namun, momentum filem berkenaan kelihatan tidak akan berhenti lagi apabila sudah mengaut RM80 juta dalam masa 25 hari tayangan. Ianya satu jumlah kutipan yang tidak pernah disaksikan sepanjang sejarah dunia perfileman Malaysia!



Di Malaysia, kutipan filem Avengers: Endgame ialah kutipan tayangan paling tinggi untuk filem luar. Sebelum ini, filem Malaysia yang mendapat kutipan tinggi hanyalah pada aras RM48 juta sahaja.

Di Instagram, Syamsul Yusof turut meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua penonton. 

Izin Allah, Alhamdulillah terima kasih penonton! Masanya sudah tiba, industri filem Malaysia perlu bangkit. Kepada mereka yang mengatakan filem saya kali ini 'sampah' atau lemah, saya terima dengan berlapang dada. Ini kerana tidak wujud sebuah filem yang sempurna,

Filem Mat Kilau yang diterbitkan Studio Kembara menyaksikan Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau disamping pelbagai barisan pelakon hebat seperti Wan Hanafi Su, Beto Kusyairy, Khir Rahman dan ramai lagi.

Filem ini masih boleh ditonton di pawagam.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan