'Mat Kilau' Dalam Proses Perbincangan Untuk Ditayangkan Di Netflix!

Selepas berjaya mengaut keuntungan melebihi RM50 juta, Syamsul Yusof dalam satu kenyataan dipetik dari Rotikaya mendedahkan yang filem arahannya itu dalam proses perbincangan untuk ditayangkan di Netflix. Filem epik pahlawan yang menampilkan Adi Putra sebagai Mat Kilau itu berjaya mencetuskan fenomena tersendiri selama dua minggu ditayangkan di pawagam.



Menurut Syamsul Yusof, pihak Studio Kembara kini dalam perbincangan dengan pihak Netflix untuk menayangkan filem berkenaan di laman penstriman terbesar itu.

Pihak penerbit sudah mengadakan perbincangan awal dengan Netflix. Namun, tarikh tayangannya mungkin lambat lagi.

Walaupun masih dalam proses perbincangan, dengan berbekalkan fenomena ini, Netflix mungkin akan berjaya diyakinkan untuk menayangkan filem berkenaan selepas filem ini selesai tayang kelak.

Buat masa ini, Mat Kilau masih ber'kilau' di pawagam dan semestinya sokongan harus diberikan untuk filem ini bagi memberikan aura baru dalam industri filem Malaysia.

Filem Mat Kilau kini di pawagam.

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan