'Mat Kilau' Cantas Kutipan 'Munafik 2' Jadi Filem Kutipan Tertinggi Sepanjang Masa!

Filem terbaru arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau akhirnya berjaya mencatat kutipan melebihi RM50 juta dalam masa hanya 13 hari sahaja. Demam Mat Kilau nampaknya menunjukkan tanda-tanda tidak akan reda dalam masa terdekat dan masih lagi ditayangkan dengan gah di seluruh pawagam di Malaysia walaupun filem-filem baru sudah mula masuk.



Menerusi perkongsian di laman Instagram, Syamsul Yusof yang selalu memuat naik kemaskini kutipan filem berkenaan memuat naik poster yang menunjukkan kutipan filem berkenaan yang kini sudah mencecah RM53 juta.



Kutipan Mat Kilau ini sekaligus menolak filem arahan Syamsul Yusof, Munafik 2 yang sebelum ini memegang takhta filem paling laris sepanjang masa dengan kutipan RM48 juta!

Sekalung tahniah kepada team produksi filem Mat Kilau! 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan