'Mat Kilau' Berjaya Tundukkan 'Avengers: Endgame', Kini Kutip RM90 Juta!

Walaupun sudah lebih sebulan ditayangkan di pawagam, fenomena Mat Kilau nampaknya masih belum reda. Buktinya, dalam masa 33 hari sahaja, filem ini kini telah mengutip sebanyak RM90 juta. Ianya satu jumlah kutipan yang agak tinggi dalam industri filem tempatan.



Malah, filem ini juga secara rasminya telah mencantas kutipan Avengers: Endgame ketika ditayangkan di Malaysia yang sebelum ini mengutip RM87 juta ketika tayangannya.

Menurut Berita Harian, Syamsul Yusof menangis syukur dengan pencapaian yang tidak disangka-sangka itu.

Semua berlaku dengan izin Allah SWT. Air mata syukur... tiada kata melainkan Alhamdulillah.Saya dan seluruh produksi amat terharu dengan pencapaian terkini. Mengejutkan juga karya ini terus menjadi filem nombor satu dalam carta 'box office' mingguan untuk lima minggu berturut-turut mengenepikan filem besar Hollywood.

Sejak ditayangkan 23 Jun yang lalu, filem terbitan Studio Kembara itu berjaya mendapat reaksi positif dari pelbagai lapisan penonton termasuk ahli politik.

Filem itu menampilkan kisah Mat Kilau yang difiksyenkan namun masih berjaya memaparkan semangat Melayu yang jarang dipaparkan dalam mana-mana filem sebelum ini.

Mat Kilau masih boleh dinikmati di pawagam.  

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan