Kutipan 'Mat Kilau' Sudah Cecah RM84 Juta, Tayangan Tambah Dua Minggu Lagi!

Filem Mat Kilau kini sudah mengutip sebanyak RM84 juta selepas ditayangkan dalam masa 27 hari. Filem yang turut ditayangkan di Singapura dan Brunei itu masih mencetuskan fenomenanya yang tersendiri walaupun hampir sebulan di pawagam.

Menurut penerbit filem Mat Kilau, Abdul Rahman Mt Dali, kutipan itu adalah terkumpul bagi Malaysia, Singapura dan Brunei. Namun, kutipan Singapura masih belum sah kerana belum ditukar nilainya ke dalam Ringgit Malaysia. 

Bercakap kepada Mstar, Abdul Rahman Mt Dali juga yakin filem tersebut bakal mencantas kutipan Avengers: Endgame dalam masa terdekat. 

Setakat semalam, kutipan filem Mat Kilau mencecah RM84 juta. Dianggarkan, untuk kutipan dalam Malaysia saja RM79 juta, tolak Singapura dan Brunei. Sebab, saya difahamkan kutipan di Singapura belum ditukar kepada nilai Ringgit Malaysia."Insya-Allah, menjelang hujung minggu ini jumlah kutipan terus bertambah. Jika tidak ada pihak yang membocorkan file mini di YouTube atau platform lain. Seperti yang saya cakap sebelum ini kita yakin filem Mat Kilau mampu mengatasi filem kutipan filem paling laris ditayangkan di Malaysia iaitu Avengers: Endgame yang mengutip RM87 juta.

Rentetan daripada kejayaan filem tersebut, pihak pawagam Golden Screen Cinema juga bersetuju untuk melanjutkan tayangan filem berkenaan untuk dua minggu lagi. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan