Gareth Evans Takkan Bikin 'The Raid 3', Tapi Akan Bikin Sesuatu Bersama Iko Uwais

Pengarah filem The Raid, Gareth Evans yang bertanggungjawab memperkenalkan pelakon hebat Iko Uwais mengesahkan bahawa filem silat popular, The Raid terhenti setakat filem kedua sahaja. 

Dalam satu hantaran Instagram yang menyaksikan pengarah yang turut mengarahkan filem Netflix Original bertajuk Apostle itu kembali bersatu dengan Iko Uwais dalam satu jamis reunion. 

Di bahagian caption, Gareth Evans menyatakan bahawa filem The Raid akan terhenti setakat itu sahaja. Namun, dia menyatakan bahawa mereka akan bikin filem bersama dalam projek terbaru yang tidak diketahui.

Gandingan Gareth Evans dan Iko Uwais ialah sesuatu yang luar biasa. Dengan filem The Raid, peminat filem aksi didedahkan dengan pertarungan seni bela diri yang sebelum ini tidak pernah disaksikan peminat dunia.

The Raid boleh ditonton di Netflix.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan