Filem 'Thor: Love & Thunder' Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia Selepas Ditunda Beberapa Kali!

Filem terbaru dalam MCU, Thor: Love and Thunder sebelum ini ditunda tayangannya ke satu tarikh yang tidak diketahui. Namun, kini, disahkan bahawa filem lakonan Chris Hemsworth itu tidak akan ditayangkan di Malaysia selama-lamanya.



Desas desus tentang pembatalan tayangan ini berkemungkinan berpunca dari isu LGBT dan isi filem tersebut yang terarah kepada penghinaan kepasa Tuhan yang tidak sesuai dengan budyq Timur. 

Malah, ada juga khabar angin menyatakan bahawa filem pendekar Mat Kilau menjadi puncanya. Namun, ianya tidak ada kaitan pun. Kesimpulannya, penarikan tayangan ini tidak dijelaskan secara jelas oleh Disney sendiri tetapi semua orang tahu, LGBT sedang dinormalisasi dalam filem filem mereka. 

Namun, tidak ada pengumuman rasmi kenapa Disney menarik balik tayangan filem yang ditunggu-tunggu itu. Hanya pihak pawagam sahaja melalukan pengumuman untuk mengelakkan penggemar filem tersebut ternanti nanti filem itu di pawagam.

Thor: Love and Thunder merupakan filem keempat dalam filem Thor. Ianya turut dibintangi Christian Bale, Natalie Portman dan diarahkan oleh Taika Waititi yang turut menyumbang suara untuk watak Korg. 

Jangan lupa layan review filem-filem MCU di bawah:


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan