'Fast & Furious 10' Bakal Janji Lebih Banyak Kegilaan - Michelle Rodriguez

Pelakon filem Fast & Furious 10, Michelle Rodriguez memberikan perkembangan terkini untuk filem Fast X yang kini dalam fasa terakhir penggambaran. Bercakap kepada Deadline, pelakon yang pernah terlibat dalam francais Resident Evil itu juga memberitahu bahawa baki penggambaran filem berkenaan tinggal lebih kurang 5 minggu.

Sebelum ini, Fast X menghadapi masalah apabila pengarah filem itu, Justin Lin mengundur diri. Namun, masalah itu selesai apabila Louis Letterier mengambil alih untuk mengarahkan filem berkenaan. 

Bro, I couldn't even believe it. We lost the director and everything, and nothing was stopping that machine, let me tell you. We're almost done. I mean, production is literally like four weeks, five weeks away from finishing. Bro, I finished already. I finished shooting. We did our thing, baby. Trust me, you're going to see so many - such craziness, you're going to be like, 'Oh, I get it.'

Michelle Rodriguez memegang watak Letty dalam filem berkenaan dan merupakan antara karakter wanita penting dalam filem yang didominasi lelaki-lelaki botak itu. Fast X dirancang untuk ditayangkan pada Mei 2023 jika tidak ada apa apa perubahan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan