'Captain America: New World Order' Bakal Tayang Mei 2024

Selepas mengambil alih peranan sebagai Captain America dari siri The Falcon and The Winter Soldier, pelakon Anthony Mackie akan muncul dengan filem Captain America 4 yang bakal ditayangkan pada 2024 nanti.

Ini merupakan filem pertama Captain America tanpa Chris Evan yang mengundurkan diri selepas peristiwa di dalam filem Avengers: Endgame.

Marvel Studios mengumumkan barisan filem dan siri original bagi penstriman Disney Plus di San Diego Comic Con. 

Filem keempat Captain America ini diberi tajuk Captain America: New World Order. 

Catat Ulasan

0 Ulasan