2,000 Rakyat Kelantan Dapat Peluang Tonton 'Mat Kilau' Percuma!

Seramai 2000 penonton bertuah akan berpeluang menonton filem yang mendapat kutipan RM80 juta berkenaan secara percuma, hanya di Kelantan. Tayangan khas sempena berlansung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan itu akan diadakan di Kompeks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor pada 24 Julai 2022.

Menurut penyelaras program yang bercakap kepada Bernama, tiket percuma itu diedarkan bagi memberi peluang kepada rakyat Kelantan merasai suasana pawagam untuk menggamit memori dan kenangan lama.

Selain itu, tayangan filem Mat Kilau ini juga adalah antara usaha kita untuk mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) ini berlansung dari 22 hingga 24 Julai di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pihak penganjur akan memastikan bahawa kawalan keselematan akan diperketat sepanjang tayangan itu bagi mengelakkan filem tersebut bocor semasa tayangan. Malah, pengasingan tempat duduk antara penonton lelaki dan wanita juga akan dilaksanakan.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan