Syamsul Yusof Dedah Bagaimana Kembara Studio Pinang Dirinya Untuk 'Mat Kilau', Berani Betul!

Filem Mat Kilau merupakan filem yang kini sudah mencetuskan fenomena tersendiri. Filem yang menampilkan Dato Adi Putra sebagai Mat Kilau itu kini sudah pun mencatatkan kutipan melebihi RM12.2 juta dalam masa empat hari tayangan sahaja.



Sebelum filem Mat Kilau menjengah pawagam, filem ini sebenarnya berada dalam development hell agak lama. Ianya sudah dibikin beberapa kali namun terhenti di pertengahan jalan sehinggalah Syamsul Yusof take over posisi kerusi pengarah ketika memulakan penggambaran pada 2018.

Dalam satu temubual bersama Zhafvlog, Syamsul Yusof mendedahkan bagaimana pihak Kembara Studio berjumpa dengannya untuk berbincang tentang filem Mat Kilau. Korang boleh tonton video itu di link ini: https://youtu.be/NJyo72xLqko (skip ke minit 8.22).

Menurut Syamsul Yusof, dia didatangi penerbit filem Mat Kilau di lokasi penggambaran filem Munafik 2. Selepas berbincang, dia memilih untuk mengarahkan filem berkenaan namun dengan caranya yang tersendiri. 

Filem tersebut pada asalnya sudah 50% siap. Namun, Syamsul Yusof memilih untuk memulakan proses pembikinan dari awal dengan skrip yang diolah mengikut acuannya dan semua bermula dari kosong. Maka, terhasillah filem seperti mana yang ditonton sekarang.

Syamsul Yusof juga turut memuji usaha studio tersebut dalam menerbitkan filem-filem kepahlawanan. 

Usaha Kembara Studio sememangnya cukup berani apabila cuba menyampaikan hasrat mereka untuk menerbitkan filem bergenre kepahlawanan sebegini. Dengan Syamsul Yusof, filem Mat Kilau berjaya mencetuskan fenomena tersendiri dan menjadi antara filem pecah panggung selepas pandemik melanda. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan