Neve Campbell Tidak Akan Muncul Dalam 'Scream 6' Sebab Isu Bayaran Rendah

Pelakon utama untuk filem francais Scream, Neve Campbell mendedahkan yang dia tidak akan muncul dalam filem keenam Scream kerana tidak puas hati dengan bayarannya untuk filem keenam tersebut.



Deadline melaporkan bahawa Neve Campbell tidak akan membawakan watak Sidney Prescott lagi untuk filem keenam francais berkenaan. Neve Campbell menyatakan seperti berikut:

Sadly I won’t be making the next Scream film. As a woman I have had to work extremely hard in my career to establish my value, especially when it comes to Scream. I felt the offer that was presented to me did not equate to the value I have brought to the franchise. It’s been a very difficult decision to move on. To all my Scream fans, I love you. You’ve always been so incredibly supportive to me. I’m forever grateful to you and to what this franchise has given me over the past 25 years.

Filem kelima Scream dihasilkan dengan bajet sekitar USD24 juta yang merupakan kos pembikinan filem francais berkenaan yang paling rendah semenjak filem Scream 2. 

Ketiadaan watak Sidney Prescott mungkin menjadikan filem Scream mungkin sedikit janggal. Namun, pastinya ada cara untuk filem Scream 6 diceritakan tanpa kehadiran Neve Campbell. 

Scream 6 dijadualkan tayang sekitar Mac 2023. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan