'Mat Kilau' Satu Satunya Filem Melayu Yang Berani Bercakap Benar - Afdlin Shauki

Filem Syamsul Yusof terbaru, Mat Kilau nampaknya mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Di mana mana lokasi, filem ini fullhouse dan ditonton lebih RM3 juta sepanjang 3 hari tayangan. Tidak ketinggalan, ramai selebriti memberikan sokongan terhadap filem ini yang pertamakalinya membawakan genre epik purbawara ke layar perak setelah sekian lama hilang.

Pelakon, pengarah dan pengacara popular, Afdlin Shauki juga antara yang berkesempatan menonton filem ini. Dalam satu video yang dimuat naik di lama Facebook, Afdlin Shauki memberikan ulasan ringkas berkenaan filem tersebut.

Korang boleh menonton video review tersebut di link berikut.

https://fb.watch/dTI0-_5Vs3/

Pengarah yang pernah mengarahkan filem-filem terkenal seperti Buli, Papadom, Baik Punya Cilok dan beberapa lagi filem hebat menyatakan bahawa Syamsul Yusof sememangnya berjaya memberikan sehabis baik dengan bajet Malaysia. Jika diberikan bajet setara Hollywood, pastinya pengarah ini akan lebih hebat.

Afdlin Shauki juga memuji keberanian filem Mat Kilau yang berani bercakap benar. Filem yang memaparkan tentang perpecahan Melayu ini berjaya menyampaikan mesej yang besar untuk masyarakat Melayu masa kini.

Mat Kilau kini di pawagam. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan