'Mat Kilau' Cantas 'Top Gun: Maverick' Dan 'Jurassic World' Capai Kutipan RM12 Juta Hanya Dalam 4 Hari!

Filem terbaru arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau berjaya mencatat rekod terbaru apabila berjaya mencatatkan kutipan RM12 juta hanya dalam 4 hari tayangan. Ditayangkan bermula 23 Jun 2022, filem ini mencetuskan 'tsunami' bagi penggemar filem Melayu. Pawagam di seluruh Malaysia penuh dan full house dan semestinya ianya satu perkara luar biasa selepas pandemik melanda Malaysia.



Melalui hantaran hantaran post terbaru di laman Instagram Syamsul Yusof, Syamsul Yusof memuat naik poster yang menunjukkan kutipan filem tersebut yang kini sudah mencecah RM12 juta.

Syamsul juga menyatakan bahawa kutipan filem Mat Kilau sudah berjaya mengatasi kutipan untuk tayangan dua filem besar dari Hollywood, Jurassic World dan juga Top Gun: Maverick.

Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa para penonton Malaysia sudah mula menyanjungi filem Malaysia dan memahami bahawa kualiti filem Malaysia kini berada di tahap yang membanggakan.

Filem Mat Kilau merupakan filem yang pertamakalinya tidak menampilkan Syamsul Yusof sebagai pelakon utama. Malah, ianya merupakan karya arahan pengarah KL Gangster yang tidak diterbitkan di bawah produksi Skop Production.

Mat Kilau kini berkilau di pawagam.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan