Gara-gara Adegan Cium Sejenis, 'Lightyear' Diharamkan Tayang Di Malaysia

Filem animasi terbaru terbitan Pixar, Lightyear tidak akan ditayangkan di Malaysia kerana isu LGBT yang dipaparkan di dalam filem berkenaan. Filem tersebut merupakan spin off kepada watak Buzz Lightyear dari filem Toy Story.



Pada awalnya, filem tersebut dirancang untuk tayangan pawagam pada 16 Jun. Namun, sumber terkini menyatakan bahawa filem tersebut kini ditarik balik dan tidak dibenarkan tayang. 

Walaupun Lembaga Penapisan Filem Malaysia tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pengharaman ini, jelas lagi bersuluh isu utama yang menghalang filem ini ditayangkan ialah kerana isu LBGT. 

Dilaporkan, filem ini bakal menampilkan babak cium antara karakter sejenis yang pertama seumpamanya dalam filem animasi Pixar.

Lembaga Penapisan Filem Malaysia sememangnya mempunyai garis panduan yang diikuti dalam membenarkan sebarang tayangan filem di pawagam.

Justeru itu, pengharaman Lightyear sememangnya wajar kerana ianya bertentangan dengan garis panduan LPF. Apatah lagi filem ini merupakan filem animasi yang mempunyai sasaran golongan kanak-kanak. 


Catat Ulasan

0 Ulasan