'Fast X' Akan Kembali Paparkan Perlumbaan Jalanan Seperti Filem Asal!

Pelakon filem Fast X ataupun Fast & Furious 10 menyatakan bahawa filem kali ini bakal kembali kepada asal-usul francais tersebut iaitu perlumbaan jalanan. Ianya ialah antara perkara yang diminta oleh peminat semenjak sekian lama apabila filem tersebut sudah berubah menjadi sebuah filem dengan aksi extravaganza.

Selepas dua filem Fast & Furious ditampilkan tanpa kehadiran Vin Diesel yakni 2 Fast 2 Furious dan Tokyo Drift, filem Fast & Furious terbitan 2009 merupakan kemuncak kepada perubahangenre filem berkenaan dimana filem-filem seterusnya lebih memaparkan rompakan berskala besar dengan kereta berkelajuan tinggi.

Perubahan dari segi elemen aksi ini ialah punca francais ini berjaya mencipta kutipan yang agak tinggi. Namun, peminat francais tersebut kini terbahagi kepada dua dimana ada yang menginginkan Fast & Furious kembali kepada asal usulnya.

Selepas Justin Lin mengundurkan diri sebagai pengarah, kini terserah kepada Louis Leterrier untuk membentuk filem kesepuluh ini mengikut acuannya. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan