Arab Saudi, UAE Turut Haramkan 'Lightyear' Atas Isu LGBT

Filem terbaru dari studio animasi terkemuka, Pixar bertajuk Lightyear kini turut diharamkan di negara UAE dan juga Arab Saudi. Lightyear merupakan sebuah filem spin-off dari watak Buzz Lightyear dalam filem Toy Story.



The Hollywood Reporter mendedahkan bahawa filem ini diharamkan tayangannya di negara UAE dan Arab Saudi kerana adegan ciuman sejenis yang dipaparkan dalam filem berkenaan. 

Terdahulu, babak ciuman sejenis di dalam filem berkenaan mencetuskan polemik di Amerika Syarikat rentetan isu hak LGBT di sana. Disney pada awalnya membuang babak tersebut namun memasukkan babak tersebut kembali atas desakan penyokong 'pelangi' negara itu.

Selain Arab Saudi dan UAE, filem Lightyear juga turut diharamkan di negara Malaysia atas alasan yang sama. 

Catat Ulasan

0 Ulasan