Sony Bakal Adaptasi Permainan Video 'Gran Turismo' Selepas Kejayaan 'Uncharted'

Sony Pictures dengan kerjasama Playstation Productions kini bakal mengadaptasi permainan video Gran Turismo ke layar perak. Semuanya atas kejayaan filem Uncharted yang juga merupakan filem adaptasi daripada permainan video. Jarang filem permainan video berjaya mendapat kutipan yang memberansangkan namun ini ialah rezeki buat Sony Pictures.

Menurut Deadline, filem Gran Turismo ini masih pada peringkat perancangan. Dikatakan bahawa Sony kini dalam usaha untuk mengambil pengarah filem District 9, Neil Blomkamp untuk mengarahkan filem berkenaan. 

Buat masa ini, Sony tidak mendedahkan sebarang plot mahupun pelakon yang bakal melakonkan watak-watak dalam filem berkenaan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan