Sam Raimi Dedah Mahukan Bruce Campbell Sebagai Mysterio Dalam 'Spider-man 4'

Selepas sekian lama, Sam Raimi akhirnya mendedahkan penglibatan pelakon Bruce Campbell dalam setiap filem Spider-man arahannya ialah sebahagian daripada perancangan untuk mewujudkan watak Quentin Beck lakonan pelakon itu bagi filem keempat Spider-man. Namun, harapan itu sia sia apabila filem itu akhirnya dibatalkan.



Sam Raimi bercakap kepada Rolling Stone dalam satu temubual sempena mempromosikan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Dia sempat menceritakan kembali pengalaman membikin trilogi Spider-man suatu ketika dahulu.

Dalam temubual itu, Sam Raimi mengesahkan yang watak Mysterio akan dimunculkan dalam filem keempat yang sudah dibatalkan pihak Sony. 

I miss the really great cameo we had designed for Bruce Campbell. [Mysterio] was one of the possibilities. We had other things in mind, too, but that was one of them.

 Bruce Campbell muncul dalam filem Spider-man memegang tiga watak berbeza. Dalam filem pertama Spider-man, dia muncul sebagai pengumum pertandingan gusti. Di dalam filem kedua, dia menjadi penjaga teater dan di dalam filem ketiga pula sebagai pelayan restoran. Walaupun memegang watak berbeza bagi setiap filem, Bruce Campbell akan menjadi watak utama bagi filem keempat.

Pelakon yang terkenal dengan Evil Dead itu dilaporkan akan muncul dalam Doctor Strange in the Multiverse of Madness. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan