Penulis Lakonlayar Dedah Kenapa Tiada Tom Cruise Dalam 'Multiverse of Madness'

Penulis lakonlayar Doctor Strange in the Multiverse of Madness mendedahkan kenapa pelakon Tom Cruise tidak muncul di dalam filem terbaru MXU itu. Filem yang menampilkan mengembaraan Doctor Strange ke alam multiverse demi menyelamatkan America Chavez daripada Scarlett Witch itu kini sudah mencatat kutipan mencecah USD451 juta di seluruh dunia.



Bercakap kepada Rolling Stone, Michael Waldron mendedahkan yang kemunculan Tom Cruise hanyalah khabar angin dari peminat sahaja. Namun, penulis lakon layar itu berminat dengan idea itu selepas ianya muncul di media sosial.

I mean, there’s no cut footage of Tom Cruise! But I love Tom Cruise, and I said to [Marvel Studios president] Kevin [Feige] at one point, I was like, Could we get Tom Cruise’s Iron Man? I remember reading about that in Ain’t It Cool News back in the day, that Tom Cruise was going to be Iron Man.

Walaupun Waldron pernah mencadangkan untuk mendapatkan Tom Cruise demi memenuhi tuntutan peminat, Tom Cruise masih sibuk dengan filem Mission: Impossible 7 dan 8 yang masih menjalani penggambaran.

Menariknya lagi, dikhabarkan sebelum Robert Downey Jr dipilih menjadi Iron Man, aktor Tom Cruise juga dilaporkan antara pelakon yang berada dalam senarai pemilihan ketika itu.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan