Pengarah Filem 'The Transporter' Ambil Alih Kerusi Pengarah 'Fast X'

Universal Studios akhirnya berjaya menemukan penganti pengarah filem kesepuluh Fast and Furious. Sebelum ini, Justin Lin yang menjadi pengarah filem berkenaan mengundur diri disebabkan isu tertentu dengan pelakon Vin Diesel. Selepas beberapa lama, kerusi pengarah akhirnya diberikan kepada pengarah Louis Leterrier.

Louis Leterrier bukanlah pengarah yang baru dalam filem aksi. Sebelum ini dia terlibat dalam mengarahkan filem The Transporter lakonan Jason Statham. Malah, dia juga pernah terlibat dengan projek filem Marvel Studios, The Incredible Hulk.

Portfolio pengarahan filem aksinya turut melibatkan filem-filem aksi seni bela diri seperti filem Unleashed lakonan Jet Lee. 

Ini merupakan filem pertama dalam francais Fast and Furious yang diarahkan oleh Louis Letterier. Pastinya kita akan dapat lihat bagaimana pengarah ini memberikan idea dan gaya pengarahannya yang akan menutup francais ini kelak.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan