Justin Lin Undur Diri Arah 'Fast X' Sebab Perangai Vin Diesel

Terdahulu, pengarah yang pernah mengarahkan filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift yang dijangka bakal mengarahkan filem Fast X mengundur diri. Kini, dilaporkan bahawa antara sebab Justin Lin mengundur diri ialah disebabkan sikap pelakon utama filem tersebut, Vin Diesel.

Justin Lin antara pengarah filem Fast and Furious yang setia dengan francais itu selepas mengarahkan beberapa filem Fast and Furious termasuklah filem kesembilan francais itu, F9.

Menurut sumber, New York Daily News melaporkan bahawa punca kepada pengunduran Justin Lin ialah Vin Diesel sendiri.Menurut sumber juga, Vin Diesel nampaknya sudah mula tidak berdisiplin di set filem Fast X. Dikatakan Vin Diesel lambat datang ke set dan tidak ingat dialog. Malah, dia juga hadir ke set dalam keadaan tidak bersedia. 

I’ve never seen anything like it. Lin’s giving up $10 or $20 million. Diesel shows up late to the set. He doesn’t know his lines. And he shows up out of shape.

Sebelum ini, dalam pertengkaran antara Vin Diesel dan Dwayne Johnson, Dwayne Johnson juga pernah memetik sikap pelakon filem Fast & Furious yang mempunyai sikap yang tidak bagus di set. Walaupun ketika itu bekas penggusti itu tidak menyebut nama, ramai yang merasakan kritikan Dwayne Johnson itu merujuk kepada Vin Diesel.

Pengunduran Justin Lin di saat Fast X mula menjalani penggambaran menyebabkan Universal Studios kerugian USD 1 juta sehari dalam usaha mencari pengarah baru! 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan