'Dr. Strange In The Multiverse of Madness' Kini Diharamkan Di Brunei!

Filem terbaru MCU kini sudah diharamkan di Brunei selepas kontroversi 12 saat yang mana menyebabkan filem tersebut diharamkan di kebanyakan negara Arab. Berita itu mengejutkan penduduk Brunei apabila jualan tiket dilaporkan akan bermula pada 30 April, hari yang sama pengumuman pengharaman filem berkenaan di negara itu.

Berita pengharaman filem MCU arahan Sam Raimi itu diumumkan oleh pawagam One Cineplex. Ironinya, fanpage pawagam tersebut mengumumkan penjualan tiket filem berkenaan melalui sebuah hantaran pos pada 30 April jam 11.44 pagi.

Namun, pada jam 2.12 petang, laman fanpage itu kemudiannya memuat naik berita yang tayangan filem Dr. Strange In The Multiverse of Darkness dibatalkan di negara itu.

Filem ini menampilan American Chavez yang mempunyai latar belakang LGBTQ yang mana berdasarkan komik mempunyai dua ibu.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan