Benedict Cumberbatch Akan Berehat Seketika Dari Dunia Lakonan Selepas 'Doctor Strange 2'

Pelakon filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness mengumumkan akan berehat seketika dari dunia lakonan selepas filem itu ditayangkan. Benedict Cumberbatch yang memegang watak Doctor Strange dalam dunia MCU sudah pun muncul dalam beberapa filem MCU selepas pertamakali muncul dalam filem 2016, Doctor Strange.

Pelakon itu bercakap kepada IGN pada hari tayangan perdana filem berkenaan. 

It gets very multiversal in real life as well. I guess [I would be] one that's less busy, maybe... I might be that very soon, which is nice -- taking a bit of a break.

Semenjak muncul dalam filem MCU, kerjaya pelakon yang meningkat naik melalui rancangan BBC Sherlock itu nampaknya makin terbuka luas.  

Namun, berehat tidak semestinya menunjukkan yang pelakon ini akan berhenti melakonkan watak Doctor Strange. Mungkin kita akan berehat seketika daripada menyaksikan magis Doctor Strange dan menumpukan kepada watak-watak lain yang akan dikembangkan selepas ini untuk memperbesarkan lagi dunia MCU. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan