Sony Sahkan 'Venom 3' Akan Dihasilkan Bersama Pelakon Tom Hardy

Sony Pictures secara rasminya telah mengumumkan yang mereka akan membikin filem ketiga Venom. Perkara ini diumumkan semasa sesi CinemCon yang sedang berlangsung. Buat masa ini, tiada pengarah dan pelakon lain yang akan terlibat di dalam filem ini. Namun, Tom Hardy akan kembali melakonkan watak Eddie Brock.

Filem kedua Venom: Let There Be Carnage membuka ruang untuk filem ketiga selepas pertamakalinya muncul seketika dalam MCU.

Pengumuman ini sekaligus menunjukkan bahawa Sony merasakan yang Venom masih lagi watak yang membawa untung kepada studio tersebut. Malah, penghasilan Venom 3 ini juga membuktikan yang Sony sendiri sudah mempunyai perancangan untuk membesarkan Spider-man Universe mereka sendiri. 

Walaupun maklumat berkenaan filem Venom 3 ini masih lagi samar-samar, pastinya kita ternanti-nanti sama ada Andy Serkis akan kembali untuk mengarahkan filem ketiga ini atau tidak.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan