Sam Raimi Terbuka Untuk Buat 'Spider-man 4' Bersama Tobey Maguire

Pengarah filem Dr. Strange in the Multiverse of Madness, Sam Raimi menyatakan dia terbuka untuk mengarahkan filem Spider-man 4 jika ada studio yang mahukannya. Spider-man yang dilakonkan oleh Tobey Maguire itu ditayangkan pada 2002 dan berjaya membuka mata penonton tentang filem superhero.

Pengarah yang terkenal dengan filem Evil Dead itu berkesempatan untuk mengarahkan tiga filem Spider-man terawal sebelum menghadapi konflik dengan studio Sony yang memilih untuk reboot francais berkenaan melalui The Amazing Spider-man pada 2012. 

Bercakap kepada Moviepilot, Raimi ditanya tentang sama ada dia ingin kembali mengarahkan filem Spider-man terbaru. 

I didn't think it was possible but after jumping back in with the multiverse I realized just like Doctor Strange does, anything is possible now. So I'm completely open to it.

Pelbagai desas desus sebelum ini hadir berkenaan perancangan Raimi untuk filem keempat Spider-man. Antaranya ialah penampilan John Malkovich sebagai Vulture dan Anne Hathaway yang akan memeranankan watak Felicia Hardy sebagai Vulturess. Filem yang dirancang juga akan turut menampilkan villain seperti Shocker dan Mysterio yang dilakonkan oleh Bruce Campbell.

Skrip Spider-man 4 dilapokan sudah siap namun tidak dapat difilemkan kerana krisis studio dan Raimi ketika itu. Namun, adakah masa depan Spider-man akan bersinar selepas No Way Home berjaya membebaskan watak itu dari MCU? Semuanya hanya tentang masa. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan