Kongsi Password Punca Pendapatan Tahunan Suku Pertama 2022 Netflix Merudum!

Netflix mendedahkan yang lebih 100 juta penggunannya telah berkongsi password dan sekaligus menyebabkan pendapatan tahunan bagi suku pertama 2022 merosot dengan begitu banyak. Dengan pengguna sah Netflix yang makin merosot, Netflix nampaknya akan mengambil langkah drastik untuk menyelesaikan masalah ini di masa akan datang.



Menurut The Wrap, Netflix yang merupakan gergasi penstriman itu berdekatan masalah perkongsian password di kalangan pengguna kerana tiada syarat ketat berhubung dengan penggunaan profile dan juga penstriman di pelbagai peranti dengan satu akaun. 

We’ve always tried to make sharing within a member’s household easy, with features like profiles and multiple streams. While these have been very popular, they’ve created confusion about when and how Netflix can be shared with other households. There’s a broad range of engagement when it comes to sharing households from high to occasional viewing. So while we won’t be able to monetize all of it right now, we believe it’s a large short- to mid-term opportunity.

Netflix pernah mencuba idea untuk meletakkan iklan bagi akaun yang dikongsi. Namun, terdapat pelbagai cabaran untuk melaksanakannya selepas pertamakalinya ianya dilaksanakan di Amerika Latin beberapa bulan lepas. 

Dengan harga Netflix yang semakin mahal daripada pesaingnya, Netflix nampaknya perlu melakukan sesuatu supaya tidak tenggelam dek pelbagai aplikasi penstriman yang muncul bagai cendawan tumbuh.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan